SYARAT & PENAFIAN

Syarat dan peraturan melayari negerisembilan.org

Pressmen Media Consultants (NS0207885-D) (PMC) turut menyediakan kemudahan multimedia dan interaktif melalui laman web www.negerisembilan.org (“negerisembilan.org”).

Kenyataan yang disediakan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan kami terhadap menyediakan bahan-bahan bermutu dan perkhidmatan yang boleh digunakan dalam negerisembilan.org.

Melayari negerisembilan.org adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Dengan menggunakan negerisembilan.org, ini bermakna anda menerima perjanjian ini.
 

Hakcipta

Semua bahan yang disiarkan termasuk artikel; grafik; gambar dan video adalah tertakluk dan dilindungi oleh undang-undang hakcipta Malaysia. Pengubahsuaian sebarang bahan dari negerisembilan.org atau menggunakan dengan sebarang tujuan adalah melanggar hakcipta PMC.

Penggunaan bahan-bahan daripada negerisembilan.org untuk lain-lain laman web atau komputer adalah dilarang sama sekali. Bahan-bahan daripada sebarang laman web yang dimiliki, dikendalikan, lesen atau dikawal oleh PMC tidak boleh dicetak; diulangterbit; diulang cetak; dimuat turun; dipindahkan atau diedarkan dalam mana-mana cara pun.

Semua nama; simbol; logo dan tanda yang digunakan dalam negerisembilan.org, kecuali lain-lain yang telah dinotiskan, adalah tanda dagangan dimiliki atau digunakan di bawah lesen oleh PMC. Penggunaan tanda-tanda dagang atau lain-lain bahan dalam laman web ini adalah dilarang.


Iklan

Laman web ini mengandungi pautan ke laman web internet lain yang dimiliki oleh pihak ketiga. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web yang dipaut atau sebarang pautan di dalam laman tersebut.

Di dalam laman web ini juga terdapat iklan daripada pihak ketiga yang mempunyai pautan ke laman web masing-masing. Anda perlu merujuk ke laman-laman tersebut untuk maklumat lanjut mengenai pengiklan dan produk serta/atau perkhidmatan yang diberikan.

Pada sesetengah keadaan, iklan-iklan tersebut mungkin mempunyai tawaran yang anda boleh terima dengan memaut ke laman pengiklan dan mengikut arahan yang diberikan. Tawaran tersebut tidak dibuat oleh pihak PMC dan pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tawaran yang dibuat dan penghantaran sebarang barang atau perkhidmatan yang anda beli daripada laman web pihak ketiga.

PMC tidak akan bertanggungjawab untuk arahan yang dibuat secara langsung oleh pengguna kepada pengiklan ke atas respons sebarang iklan yang disiarkan dalam laman web.

Pengiklan-pengiklan dalam negerisembilan.org faham dan setuju bahawa PMC tidak akan bertangungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang dihantar oleh pengguna-pengguna dalam mana-mana bentuk interaktif.
 


Polisi persendirian

PMC menguruskan negerisembilan.org khusus untuk laman Facebook NS Daily; Facebook Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan dan Youtube NS Daily Channel yang diterbitkannya.

Kesemua data peribadi yang kami kendali akan disimpan rahsia tetapi kami boleh, di mana pembukaan rahsia perlu untuk memenuhi tujuan yang berkaitan secara langsung, di mana data yang dikumpulkan menyediakan maklumat-maklumat untuk pihak-pihak seperti berikut:

  • Sebarang anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu atau gabungan-gabungan atau syarikat-syarikat dikawal oleh atau di bawah kawalan am kami;

  • Sesiapa jua yang diberi tugas penyimpanan rahsia kepada kami yang telah mengawasi maklumat-maklumat secara rahsia dan;

  • Sebarang institusi-institusi kewangan, syarikat-syarikat bayaran atau pengeluaran kad kredit, maklumat kredit atau biro rujukan atau agensi-agensi pengutipan perlu membentuk dan menyokong pembayaran apa jua perkhidmatan yang dipohon.

Penafian

negerisembilan.org tidak akan menjamin bahawa bahan-bahan di laman ini bebas daripada kesilapan, dan kesilapan akan diperbetulkan, atau laman web atau server yang sedia ada bebas dari virus-virus atau lain-lain komponen yang berbahaya.

Penggunaan negerisembilan.org adalah atas risiko anda keseluruhannya. Anda mesti menilai dan menanggung segala risiko ke atas apa-apa jua yang berkaitan dengan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman web, termasuk kepercayaan ke atas ketepatan, kesempurnaan atau faedah kegunaan apa juga kandungan. Anda perlu mendapatkan nasihat persendirian anda sendiri berhubung maklumat demikian.

Walaupun kami akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk mengekalkan kandungan, kami tidak akan memikul tanggungjawab untuk menyediakan sokongan atau perkhidmatan mengawal selia ke atas kandungan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau inginkan penjelasan mengenai sesuatu perkara berkaitan negerisembilan.org, anda boleh hantarkan ke pressmen.mc@gmail.com