PAFA SAMBUNG KONTRAK MEHMET

Isnin         29 Oktober 2018          

29 oct 2-1.jpg

PERAK: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) akan menyambung kontrak ketua jurulatih pasukan Perak, Mehmet Durakovic bagi musim hadapan.

Perkara itu diumumkan Presidennya, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang memberitahu pihaknya sedia menawarkan kontrak baharu kepada Durakovic.


Hasnul Zulkarnain berkata, ketika menjadi Presiden Pafa, sasaran diletakkan kepada jurulatih dari Australia itu adalah final Piala Malaysia.

“Sasaran awal saya kepada Mehmet, jika berjaya melangkah ke final kita akan sambung kontrak (sebagai jurulatih).

“Jadi bila dah menang sudah tentulah kontraknya akan

disambung,” katanya ketika ditemui di perkarangan Stadium Perak menyambut kepulangan Piala Malaysia bersama-sama penyokong, di sini, hari ini.

Perak menamatkan penantian selama 18 tahun untuk muncul selaku juara Piala Malaysia 2018 selepas menumpaskan Terengganu FC (TFC) menerusi penentuan penalti 4-1 selepas kedudukan terikat 3-3 dalam aksi pentas final di Stadium Shah Alam malam tadi.