MALAYSIAN TIGERS TIGA TERBAIK ASIA

Isnin         29 Oktober 2018          

29 oct 1-1.jpg

KUALA LUMPUR: Ketangkasan Muhammad Hairi Abdul Rahman membolehkan Malaysian Tigers mengakhiri kempen Trofi Juara-Juara Asia 2018 Muscat, Oman dikedudukan tiga terbaik selepas menewaskan Jepun 3-2 menerusi penentuan shoot out selepas terikat 2-2.

Penjaga gol negara itu berjaya menidakan tiga penentuan shoot out jentera Jepun pada masa sama dibantu tiga jaringan Nik Mohammad Aiman Nik Rozemi, Nursyafiq Sumantri, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil memastikan negara dalam kelompok tiga terbaik kejohanan.


Aksi Kompleks Sukan Sultan Qaboos itu menyaksikan skuad kendalian Roelant Oltmans berkenaan ketinggalan hasil jaringan Kenji Kitazato minit ke-18 sebelum pukulan sudut penalti Faizal Saari mengikat perlawanan pada minit

ke-20.

Skuad negara kembali di depan hasil jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Jalil sebelum jaringan Hirotaka Wakuri mengikat kedudukan 2-2 aksi penentuan ketiga keempat itu.