MALAYSIAN TIGERS GAGAL KE FINAL

Ahad         28 Oktober 2018          

28 oct 1-1.jpg

KUALA LUMPUR: Malaysian Tigers gagal mara ke final walaupun mempamerkan kebangkitan  luar biasa ketika mengikat Pakistan 4-4 di pentas separuh akhir Trofi Juara-Juara Asia 2018 Muscat, Oman awal pagi tadi.

Aksi Kompleks Sukan Sultan Qaboos itu menyaksikan skuad kendalian Roelant Oltmans itu tunduk mengalah 1-3 dalam penentuan shoot-out.


Malaysia ketinggalan 1-4 separuh masa pertama bangkit untuk mengikat kedudukan menjadi 4-4 sehingga tamat perlawanan.

Pada penentuan shoot-out itu gol negara dijaringkan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi sementara Toseeq Arshad, Aleem Bilal dan Ammad Shakir Butt memastikan Pakistan ke final.

Skuad negara bakal turun dalam aksi penentuan ketiga keempat awal pagi esok.