LIGA M 2019 TAMPIL PENGADIL PROFESIONAL?

Isnin     24 Disember 2018          

24 dec 1-1.jpg

ini masih berlangsung. Saya harap dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi kita akan tahu keputusannya.

“Bukan saja tukar status profesional tetapi juga sistem dan industri. Daripada pihak FAM, kita sedang melihat cara paling sesuai untuk melangkah ke depan dengan pengadil profesional.

“Musim 2019 memang agak sengit, jadi harapan terhadap pengadil juga meningkat dan saya harap prestasi pengadil akan turut sama melonjak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Bersama Pengadil dan Penilai Pengadil FAM 2018, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kronos Malaysia Tiew Cheng Chai, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Md Dali Wahid, Pengurus Besar Paragon Vest Sdn Bhd Vincent Lai dan Ketua Jabatan Pengadil FAM, Kassim Kadir Bacha.

Pada majlis itu, Jabatan Pengadil FAM menerima tajaan kelengkapan pengadil daripada jenama sukan terkemuka, Kronos.

Jika terlaksana, ia pastinya perkembangan positif, seiringan dengan peningkatan kualiti liga tempatan.

Saingan Liga M musim lalu berakhir dengan penuh kontroversi membabitkan mutu pengadil, Suresh Jayaraman pada final Piala Malaysia antara Terengganu dan Perak.

Sementara itu, Md Dali berkata, beliau berpegang kepada prinsip 'tegas tetapi adil'.

“Semua tahu pengadil dikutuk hebat selepas final Piala Malaysia. Kita tidak lihat kritikan itu sebagai sesuatu yang negatif. Ini cabaran untuk pengadil dan yang penting mereka tahu tanggungjawab,” katanya.– Harian Metro

SHAH ALAM: Musim 2019 akan menjadi medan terbaik untuk 'mencuci' segala kritikan terhadap pengadil bola sepak ketika kempen Liga Malaysia (Liga M) dijangka menggunakan khidmat pegawai perlawanan berstatus profesional.

Ketika ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berada di peringkat akhir perbincangan ke arah merealisasikan kehadiran pengadil profesional buat kali pertama di negara ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, kata putus mengenai perkara itu akan diketahui dalam tempoh dua minggu selepas pihaknya berbincang dengan MFL.


“Perbincangan dengan MFL mengenai pengadil profesional