WILLIAN SAH KINI MILIK ARSENAL

Sabtu, 15 Ogos 2020

Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib @ Kero
Foto: Ihsan Twitter Willian

1/2

Willian Borges da Silva atau lebih dikenali sebagai Willian, kini sah menjadi milik Arsenal.

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi menerusi Twitter kelab berkenaan.

Bekas pemain sayap Chelsea itu mengikat kontrak selama tiga tahun bersama Gunners dan bakal menyarung jersi nombor 12.

Gaji bakal diterima bintang pasukan Brazil berkenaan sebanyak £220,000 (RM1.2 juta) seminggu.

"Ini pilihan saya sebab Arsenal salah satu kelab tersohor di dunia. Mereka ada projek baru dengan (pengendali) Mikel Arteta.

"Bagi saya, kelab ini berhak untuk menyinar semula dan saya mahu jadi sebahagian daripadanya," ujar pemain berusia 32 tahun itu kepada Skysports.

Sebelum ini, Barcelona dan Inter Miami dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan khidmat Willian.