NFDP DITERUSKAN UNTUK MISI PIALA DUNIA 2030

Sabtu      08 Disember 2018          

08 dec 1-1.jpg

Pembangunan bola sepak ini penting dan FAM sasar Malaysia layak ke Piala Dunia 2030.

"Pelan pembangunan kita adalah seawal tujuh tahun. KBS akan bekerja sama dengan FAM dan saya sokong usaha itu. Hubungan itu akan dilakukan dengan lebih erat," katanya dalam program Bicara Minda di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, beliau tidak boleh memberi fokus hanya kepada pembangunan bola sepak tetapi terhadap semua jenis sukan.

"Semua sukan perlukan pengiktirafan. Saya akan duduk berbincang dengan Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara," katanya.– Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) akan diteruskan dalam memastikan Malaysia layak ke Piala Dunia 2030.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kementeriannya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bekerjasama dalam memastikan misi itu tercapai.

Beliau berkata, dalam merealisasikan misi itu, pelan pembangunan akan dimulakan terhadap pemain seawal usia tujuh tahun di mana semua peringkat akar umbi akan bekerjasama bagi memastikan Malaysia mampu melakar sejarah ke Piala Dunia 2030 buat pertama kalinya.


"Program pembangunan bola sepak akan diteruskan.