HARIMAU MALAYA TUNDUKKAN MALDIVES 2-1

07 November 2019

Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib
Foto: Ihsan FAM

1/4

SEREMBAN: Skuad Harimau Malaya menundukkan Maldives dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan latihan pada Selasa lalu.

Perlawanan itu berlangsung secara tertutup di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini.

Malaysia terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit kelapan, menerusi jaringan Muhammad Syahmi Safari.

Bagaimanapun, Ahmed Rizuvan menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat pada minit ke-60.

Berselang 12 minit kemudian, Harimau Malaya kembali di depan menerusi sepakan penalti.

Baddrol Bakhtiar dengan mudah menyempurnakan tugas berkenaan dan keputusan itu kekal sehingga ke wisel penamat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Barisan pemain menentang Maldives:

Penjaga gol:
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid (Selangor)

Pertahanan:
Shahrul Mohd Saad (Perak)
Dominic Tan Jun Jin (JDT)
Nazirul Naim Che Hashim (Perak)
Matthew Thomas Davies (Pahang)

Pemain tengah:
Muhammad Daniel Amir Norhisham (Felda United)
Azzizan Nordin (Sabah)
Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Pahang)

Penyerang:
Muhammad Syahmi Safari (Selangor)
Mohamadou Sumareh (Pahang)
Norshahrul Idlan Talaha (Pahang)


Pemain simpanan:
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT)
Adam Nor Azlin (JDT)
Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT)