MAT ZAN KETUA JURULATIH BAHARU NS

Oleh: Mohd Amin Jalil          Khamis, 06 Disember 2018 

06 dec 3-1.jpg

Katanya, Mat Zan dilantik bagi tempoh setahun mulai 1 Disember lalu, bagi membolehkan persiapan dibuat untuk membentuk pasukan baru menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

"Setakat ini, kita tidak meletakkan sasaran namun fokus utama untuk kembangkan tahap bola sepak negeri dan pemain dari kalangan anak negeri ini akan diberikan keutamaan dalam pembentukan pasukan.

"Bagaimanapun pemilihan pemain, saya serahkan kepada Mat Zan dan setakat ini terdapat 12 pemain musim 2018 yang masih mempunyai kontrak dikekalkan.

"Bagi pemain import pula, belum dapat kata putus kerana ada kekangan kewangan, namun ianya akan dipertimbangkan jika berkemampuan," katanya pada sidang media.

Mat Zan bukan asing bagi bola sepak tempatan, malah bekas 'orang besi’ skuad kebangsaan ini pernah menjadi tonggak zaman kegemilangan skuad ibu kota yang menjulang hatrik Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989.

Beliau juga merupakan jurulatih yang bertanggungjawab mengembalikan Melaka ke dalam peta bolasepak Malaysia selepas menjuarai Liga FAM pada 2015 dan Liga Premier setahun kemudiannya, selain memenangi Piala Malaysia bersama Terengganu pada 2001.

Sementara itu Mat Zan berkata, pihaknya akui terpaksa melakukan lebih banyak kerja dalam membuat pilihan pemain bagi membentuk skuad NS yang mantap.

Namun, beliau berhasrat untuk menyenaraikan 60 peratus pemain dalam kalangan anak NS bagi membentuk skuad Hoben Jang Hoben untuk musim depan.

"Ramai juga pemain dari luar yang berminat nak datang ke sini, tapi kita kena lihat kerana (walaupun) ada nama tapi dah penghujung karier. Kita nak pemain muda," katanya.

Beliau yakin melalui perancangan terbaik PBNS, hasratnya untuk kembali melonjakkan nama skuad NS boleh dicapai musim depan.

"Melalui perancangan yang baik bukan saja NS nampu beri cabaran, malah mungkin mampu layak ke Liga Super musim 2020," katanya.

Untuk rekod, NS yang dibimbing tiga jurulatih iaitu Jorg Steinebrunner, Mohd Azraai Khor Abdullah dan Mario Lemos sekadar menamatkan saingan Liga Super musim 2018 di tangga tercorot.

SEREMBAN: Bekas jurulatih Air Asia All Stars (PJ Rangers FC), Mat Zan Mat Aris dilantik sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan (NS), yang akan beraksi dalam Liga Perdana musim 2019.

Pengendali berusia 60 tahun itu akan dibantu bekas jurulatih NS pada era 1990an, Mohd Zaki Sheikh Ahmad.

Pelantikan itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Ibni Al-Marhum Tunku Syed 'Idrus Al-Qadri, pada majlis menandatangani kontrak di Wisma PBNS, di sini, petang tadi.

Tunku Syed Razman berkata, terdapat lima jurulatih yang disenaraikan namun Mat Zan menjadi pilihan selepas melihat rekod dan pencapaian beliau dengan pasukan lain.