HARIMAU MALAYA BERLATIH DI STADIUM KASETSART

Selasa      04 Disember 2018          

04 dec 1-1.jpg

pesawat Penerbangan Malaysia disambut oleh Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel serta kakitangan kedutaan.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama yang disaksikan oleh lebih 87,000 penonton di Stadium Bukit Jalil Sabtu lalu, skuad Cheng Hoe diikat Thailand seri tanpa jaringan, walaupun dihidangkan pelbagai peluang untuk menjaringkan gol.

Gajah Perang yang dibimbing jurulatih Serbia, Milovan Rajevan mahu merangkul kejuaraan buat kali ketiga berturut-turutnya selepas menjuarainya pada edisi 2014 dan 2016.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir kedua, Vietnam akan menentang Filipina di Hanoi.– Bernama

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya tidak melengahkan masa terus menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Rajamangala Rabu ini selepas beberapa jam menjejakkan kaki di bumi Bangkok.

Di bawah pengawasan jurulatih Tan Cheng Hoe, pemain menjalani latihan selama satu jam di Stadium Universiti Kasetsart, yang terletak kira-kira 30 minit di luar pusat bandar Bangkok.

Turut hadir menyaksikan latihan pertama pemain-pemain negara adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.


Terdahulu, pemain Malaysia tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kira-kira 1.25 petang menggunakan