MAYAT TERAPUNG DI PERAIRAN PULAU JARAK

Khamis, 13 Ogos 2020

Oleh: Urwatif Mohamad
Foto: Ihsan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

1/1

LUMUT: Mayat dipercayai seorang lelaki ditemui terapung oleh KM Malawali ketika membuat rondaan di sekitar perairan Sektor 4 Maritim Negeri Perak, tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, mayat tersebut ditemui ketika Op Benteng di sekitar 10.1 Batu Nautika Timur Laut Pulau Jarak. 

"Mayat itu telah diserahkan kepada polis Bagan Datoh dan pemeriksaan awal pada tubuh si mati, didapati tiada unsur yang disyaki terlibat dalam perbuatan jenayah. 
 

"Komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden ini diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737," katanya dalam satu kenyataan, di sini.