ABU AL-QURAN DILUPUS DI PERAIRAN KERIAN

Ahad, 09 Ogos 2020

Oleh: Urwatif Mohamad
Foto: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

1/5

KUALA KURAU: Sebanyak 150 kilogram abu Al-Quran yang telah dibakar bagi tujuan pelupusan, telah dihanyutkan di Perairan Kerian, kira-kira 10 batu nautika dari sini.

Abu tersebut diletakkan berasingan dalam 45 beg plastik yang dibawa menggunakan Bot Kilat 9, Zon Maritim Kuala Kurau; Bot Kilat 4, Maritim Pulau Pinang serta Bot PL 38, Jabatan Perikanan Kuala Kurau. 

Abu berkenaan kemudian dibawa dari Jeti Zon Maritim Kuala Kurau ke Perairan Kerian kira-kira jam 09.30 pagi tadi.



 

Proses pelupusan abu Al-Quran itu telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai, Mohd Hafizi Kariah yang diiringi Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau dan disaksikan 18 ahli.

Ini merupakan kali pertama Zon Maritim Kuala Kurau membantu Pejabat Pentadbiran Agama Islam Bagan Serai untuk membawa abu Al-Quran yang telah dibakar dan dilupuskan mengikut tertib.