ERRA FAZIRA DAN PASANGAN SELAMAT DIIJAB KABUL

Khamis, 05 November 2020

Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib @ Kero

Foto: Ihsan FB Dato' Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

1/4

KUALA LUMPUR: "Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Ia berlangsung di pejabat JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).

"(Pernikahan dijalankan) dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP ditetapkan oleh pihak JAWI," ujar YB Dato' Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Demikian perkongsian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkenaan menerusi laman media sosial Facebook, pada hari ini.

Bagaimanapun, Erra Fazira dimaksudkan dalam konteks ini bukanlah merujuk kepada selebriti tanah air iaitu Fazira Wan Chek.

Sebaliknya, ucapan tahniah itu ditujukan kepada seorang wanita yang kebetulan mempunyai nama serupa dengan artis tersebut.

"Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem 'Sembilu'.

"Moga ikatan perkahwinan diberkati ALLAH SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah," katanya.