CERITERA AKU; KAU DAN KRILLIN, MANUSIA BUMI TERKUAT

Khamis, 30 April 2020
Oleh: Fahrurazi Buang @ Warumon

Oleh:

Nurul Aishah Ab Raman

Hari ni kita sembang santai sikit...

Anak-anak kelahiran era 80-an dan 90-an mesti kenal dengan Krillin, kan?

Dalam manga dan anime berbahasa Jepun, sebutannya Kuririn.

Dalam komik berbahasa Melayu pula, dia dipanggil dengan nama Kurin.

Persoalannya, kenapa dengan Krillin/Kuririn/Kurin?

Dalam siri 'Dragon Ball', tak keterlaluan kalau dikatakan dia ni sebagai watak manusia paling kuat.


   

Tapi dia nampak lemah, sebab dikelilingi bangsa alien macam kaum Saiyan; kacukan Saiyan; alien Planet Nameck dan pelbagai lagi makhluk yang 'overpower'.

 

Sekarang ni, apa kaitannya dengan diri kita di dunia sebenar? 

Memang ada pun. Tinggal lagi, korang sedar atau tak je.

Hakikatnya, korang adalah yang terkuat dalam kategori masing-masing.

Cuma kelebihan tu tertutup ekoran dibayangi dengan jenis overpower.

 

Sebab korang duduk dalam kalangan diorang.

Sebenarnya bagus situasi tu kerana tanpa korang sedari, diri korang dah lepasi batasan kebiasaan.

​​

Impaknya, korang akan jadi lebih kuat dan bijak untuk survive.

Jadi kesimpulannya, jangan takut dan rendah diri apabila dimarahi atau ditegur oleh golongan overpower.

 

Lazimnya golongan overpower ni memang nak sesiapa dalam circle diorang ikut jalan sama, supaya turut jadi hebat.

Situasi ni lebih bagus, berbanding duduk dalam kalangan manusia yang tak pandang langsung pada perkembangan dan progress orang lain.

Akhir kata, selamat berusaha dan cekalkan hati korang apabila duduk di ranking rendah, dalam kalangan manusia overpower.

Realitinya, tahap korang tu dah cukup tinggi bila berada dalam golongan manusia 'biasa'.