IPGK PENDIDIKAN ISLAM TERIMA PELAJAR SEPTEMBER INI

Khamis, 13 Ogos 202

Oleh: Urwatif Mohamad
Foto: Ihsan Kementerian Pendidikan Malaysia

1/4

BANGI: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam akan mula menerima kemasukan 235 pelajar bermula 1 September depan.

Kesemua pelajar berkenaan bakal mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Dr Ahmad Rafee Che Kassim berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan IPG Kampus Pendidikan Islam di Bandar Baru Bangi. 

"Dengan jumlah pelajar seramai ini, prasarana IPG perlu berada di tahap paling maksimum selain mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan," katanya, di sini.

Selain itu, beliau turut dibawa melawat prasekolah IPG Kampus Pendidikan Islam. 

Turut hadir dalam sesi itu adalah Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam, Dr Abdul Rahman Abdullah dan pensyarah-pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam.