SPR TERIMA WRIT PEMBUBARAN DUN SABAH
Jumaat, 31 Julai 2020
Oleh: Urwatif Mohamad
Foto: Ihsan NSTP
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah penggal ke-15.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, writ pengisytiharan pembubaran itu diterima daripada DUN Sabah, semalam.
"Berdasarkan Perkara 21 (4) dalam Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa enam puluh hari dari tarikh pembubaran itu.
"Justeru, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.