BATAL PAS LAWATAN JIKA ENGGAN BAYAR KOS KUARANTIN

Khamis, 30 Julai 2020

Oleh: Urwatif Mohamad
Foto: Ihsan Facebook JIM

1/1

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran akan membatalkan Pas Lawatan Jangka Panjang yang dimiliki oleh warga asing sekiranya mereka enggan membayar kos kuarantin. 

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud, kedegilan mereka telah menjejaskan usaha Kerajaan Malaysia untuk mengekang penularan Covid-19.

"Antara jenis pas yang terlibat adalah Pas Suami atau Isteri kepada warganegara; Pas Lawatan Kerja Sementara; Pas Lawatan Ikhtisas; Pas Penggajian (ekspatriat); Pas ‘Malaysia My Second Home’ (MM2H) dan lain-lain kategori. 

"Mereka juga akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar arahan atau gagal mematuhi Standard Operation Prosedure (SOP) yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk info, bermula 24 Julai 2020, Kerajaan telah mewajibkan semua warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini dan warga negara asing yang diberi kebenaran masuk agar menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dengan kos kuarantin ditanggung oleh mereka sendiri.