DAP KELUAR KERAJAAN JIKA TIDAK IKTIRAF UEC

Khamis, 30 Januari 2020

Oleh: Nurul Haryani Hasrol

1/1

KUALA LUMPUR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) mencapai kata sepakat akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) tidak diiktiraf.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, mereka tidak kisah walaupun tiada dalam gabungan kerajaan kerana berpegang teguh pada prinsip.

"Kami (DAP) tak teragak-agak tinggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika UEC tak diiktiraf.

“DAP tak (pernah) diam selepas jadi sebahagian daripada kerajaan. (Sebaliknya) kita lebih berani bercakap sekarang, (kerana) ada saluran (media) dan ini boleh dilihat dalam mesyuarat kabinet," katanya.

Pengiktirafan UEC merupakan antara perkara yang dijanjikan dalam manifesto PH.

Beliau berkata demikian dalam wawancara khas dengan akhbar bahasa cina, Oriental Daily, semalam.

Pada masa sama, Kor Ming turut menyuarakan kekecewaan kerana kejayaan DAP dalam bidang pendidikan Cina tidak dihargai oleh masyarakat.

“Kita (dah) selesaikan 70 peratus, tapi orang cuma nampak 30 peratus yang tak siap,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui kejayaan itu tidak diuar-uarkan secara lebih berkesan.