TOMMY LETAK JAWATAN PEGUAM NEGARA

Jumaat, 28 Februari 2020

Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib
Kredit foto: The True Net

1/1

KUALA LUMPUR: Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara, tatkala isu pelantikan Perdana Menteri baharu sedang menjadi tumpuan.

Menurut laporan portal The Edge, Tommy dikatakan telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berdasarkan sumber yang tidak dinyatakan, difahamkan Tommy mahu melepaskan jawatan itu ketika Dr Mahathir masih menyandang jawatan Perdana Menteri Interim.

Dipercayai, keputusan itu diambil berikutan Dr Mahathir yang telah melantik beliau sebelum ini bagi tempoh perkhidmatan selama dua tahun.

Untuk rekod, Tommy telah dilantik sebagai Peguam Negara pada 4 Jun 2018.