PAK NGAH HISHAM DINOBAT TOKOH MAAL HIJRAH

Khamis, 20 Ogos 2020

Oleh: Urwatif Mohamad
Foto: Ihsan Jabatan Perdana Menteri

1/3

Mengulas pengiktirafan yang diterima, Dr Noor Hisham memanjatkan rasa syukur dan terharu kerana dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini.

"Alhamdulillah, jutaan terima kasih buat semua atas sokongan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya petugas barisan hadapan dan belakang tabir warga kesihatan.

"Anugerah ini adalah manifestasi penghargaan kepada semua petugas kementerian dan agensi yang bersama-sama membendung pandemik COVID-19 demi kesejahteraan ummah dan negara," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

 

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442 Hijrah.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato' Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M di Masjid Negara, di sini, malam tadi.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mencemar duli bagi menyampaikan hadiah berupa pingat dan sijil penghargaan daripada Kerajaan Malaysia kepada Dr Noor Hisham.