SYED SADDIQ KEMUKA PERMOHONAN DAFTAR PARTI BAHARU

Khamis, 17 September 2020

Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib @ Kero
Foto: Ihsan Twitter Dr Thanussha & Twitter Syed Saddiq

1/2

Organisasi baharu yang bertunjangkan 13 penaja terdiri daripada pelbagai latar belakang itu bakal dikenali sebagai Ikatan Demokratik Malaysia atau singkatannya MUDA MALAYSIA.

Walaupun dikenali sebagai MUDA MALAYSIA dan dipimpin oleh anak muda, tegas beliau, keahlian parti berkenaan dibuka kepada semua peringkat usia tanpa mengira bangsa dan agama.

"Parti ini tak boleh dilihat hanya pada faktor usia. Sebaliknya lebih kepada fahaman; ideologi; idealisme; dasar-dasar yang inklusif, itu paling penting," katanya kepada pihak media selepas mengemukakan permohonan pendaftaran, di sini.

Diminta mengulas mengenai struktur parti pula, katanya, perkara tersebut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

 

 

PUTRAJAYA: Masih ingat pada 24 Ogos lalu, apabila Ahli Parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan bahawa beliau berhasrat menubuhkan parti politik baharu?

Langkah itu diambil rentetan keengganan beliau untuk menyertai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, media dimaklumkan bahawa Syed Saddiq telah hadir ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), di sini, untuk mendaftarkan parti baharunya sekitar jam 10.30 pagi tadi.