PRN SABAH PADA 26 SEPTEMBER

Isnin, 17 Ogos 2020

Oleh : Urwatif Mohamad
Foto : Ihsan Astro Awani
 

1/1

"Bagi urusan pengundian pos dalam negara dan luar negara, permohonan dibuka bermula hari ini sehingga 3 September bagi pengundi luar negara dan 11 September bagi pengundi dalam negara.

"Semua parti bertanding dibenarkan berkempen selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding sehingga 25 September jam 11.59 malam," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, para pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih bermula 7 September depan melalui laman portal SPR (www.spr.gov.my) atau saluran lain yang disediakan.

"Walau bagaimanapun, SPR akan turut menghantar kad pengundi (voter's card) kepada semua pengundi untuk memudahkan mereka mengetahui maklumat pengundian, seterusnya melancarkan lagi proses pada hari mengundi.

"Maklumat-maklumat lain berkaitan dengan PRN Sabah ke-16 ini, terutamanya mengenai garis panduan khas perjalanan pilihan raya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh SPR," katanya.

 

 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September depan.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, mesyuarat khas pada hari ini menetapkan bahawa satu PRN perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran iaitu bermula 31 Julai.

"Sehubungan itu, SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 12 September, diikuti hari mengundi awal pada 22 September dan hari mengundi pula pada 26 September depan.