DATO' DR NOOR HISHAM TERIMA GELARAN TAN SRI

Isnin, 17 Ogos 2020

Oleh : Urwatif Mohamad
Foto : Ihsan Facebook Dr Noor Hisham
 

1/2

"Anugerah ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan belakang tabir (di bawah) Kementerian Kesihatan Malaysia. 

"Ianya sekali gus menjadi lambang kepercayaan dan penghargaan kerajaan kepada penjawat awam. 

"Semoga segala penghargaan yang diberikan kepada para petugas dalam memerangi pandemik COVID-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara," katanya.

 

 

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Dato' Dr Noor Hisham Abdullah dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Gelaran tersebut diterima pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Melawati, di sini.

Penganugerahan itu sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mengulas perkara berkenaan, Dr Noor Hisham meluahkan rasa bersyukur dan penghargaan yang tidak terhingga.