AGONG NASIHAT AHLI POLITIK AGAR BERMUHASABAH

Jumaat, 16 Oktober 2020

Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib @ Kero
Foto: Ihsan Facebook Istana Negara

1/2

"Al-Sultan Abdullah turut mengulangi titah nasihat Seri Paduka Baginda kepada Ahli-Ahli Parlimen, semasa Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 pada bulan Mei lalu, untuk mempamerkan kematangan dalam berpolitik dan memahami serta menjiwai keluh-kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

"Seri Paduka Baginda menegaskan, ahli-ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan tetapi sebaliknya menyelesaikan permasalahan melalui perundingan dan proses-proses perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu kata Ahmad Fadil, Baginda juga telah menitahkan agar semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan ALLAH SWT agar penularan wabak Covid-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan segera.

"Titah Al-Sultan Abdullah ini berikutan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Sabah sehingga 26 Oktober 2020, dan Selangor; Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga 27 Oktober 2020, serta kewujudan beberapa kluster baharu di Kedah; Perak; Negeri Sembilan dan Labuan," katanya.

 

 

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati rakyat, khususnya ahli politik untuk bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato' Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda bertitah sedemikian berikutan situasi negara masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat ancaman wabak Covid-19.