VIRUS MUTASI D614G DIKESAN DI MALAYSIA

Ahad, 16 Ogos 2020

Oleh: Urwatif Mohamad
Foto: Ihsan KKM

1/1

"Masyarakat perlu berwaspada kerana virus Covid-19 mutasi D614G ini didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu super spreader. 

"D614G ditemui oleh saintis pada Julai lalu dan berkemungkinan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak berkesan terhadap mutasi ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau menasihatkan orang ramai agar terus berdisiplin dalam mengamalkan SOP ditetapkan iaitu penjarakan fizikal; mencuci tangan; serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam; tempat sesak; tempat tertutup dan ketika berbual jarak dekat.

"Situasi terkini Covid-19 masih terkawal dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta agensi-agensi lain masih berusaha untuk membendung penularan Covid-19. 

"Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar kita dapat sama-sama memutuskan penularan jangkitan Covid-19 daripada segala jenis mutasi sekalipun," katanya.

 

 

PUTRAJAYA: Virus Covid-19 mutasi jenis D614G telah dikesan kewujudannya di negara ini oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Pengesanan tersebut membabitkan tiga kes kontak rapat Kluster PUI Sivagangga dan satu kes Kluster Ulu Tiram iaitu individu daripada Filipina.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato' Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil keputusan itu berdasarkan ujian awal dan ujian susulan juga sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes lain termasuk kes indeks bagi kedua-dua kluster berkenaan.

"Setakat ini, kedua-dua kluster terbabit didapati agak terkawal, hasil pelbagai tindakan pantas kawalan kesihatan awam di lapangan.