60,000 KASUT UNTUK FRONTLINER

Sabtu, 15 Ogos 2020

Oleh: Urwatif Mohamad
Foto: Ihsan KKM

1/3

PUTRAJAYA: Sebanyak 60 ribu kasut disumbangkan kepada petugas barisan hadapan oleh Bata Malaysia bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Pengarah Urusan Bata Malaysia, Ajay Ramachandran berkata, sumbangan dianggarkan bernilai RM3.6 juta itu merupakan sebahagian daripada sumbangan 1 juta kasut di peringkat global oleh Bata Malaysia.

"Ini sebagai satu penghargaan kepada petugas kesihatan di barisan hadapan, atas peranan mereka semasa kemuncak pandemik COVID-19 pada April dan Mei lalu.

"Petugas barisan hadapan bukan sahaja menghadapi risiko jangkitan COVID-19, mereka juga telah berkorban masa dan tenaga tanpa keluarga di sisi," katanya, di sini.

Sumbangan itu disampaikan kepada Menteri Kesihatan, YB Dato' Seri Dr Adham Baba dalam satu majlis di pejabatnya, di sini, semalam.

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato' Seri Dr Chen Chaw Min.