SPR NAFI GESAAN DAFTAR PENGUNDI 18 TAHUN

Jumaat, 11 September 2020

Oleh: Urwatif Mohamad
Foto: Ihsan SPR

1/1

"Antara persiapan tersebut termasuklah penyediaan pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002; penyediaan Standard Operating Procedure (SOP) serta penyediaan sistem dan infrastuktur," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurut UKK SPR lagi, semua proses itu akan disiapkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara pada 29 Julai 2019.

"Jangkaan tarikh pelaksanaan tersebut adalah selewat-lewatnya pada bulan Julai 2021.

"Sehubungan itu, SPR berharap orang ramai tidak terpengaruh dan tidak menyebarkan mesej-mesej palsu tersebut untuk mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan," katanya.

 

 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan mesej yang tular berkaitan gesaan untuk mendaftarkan pengundi berusia 18 tahun.

Unit Komunikasi Korporat (UKK) SPR berkata, dakwaan dalam mesej tersebut kononnya 4.5 juta pengundi yang layak, masih belum mendaftar pemilih terutamanya pengundi berusia 18 tahun adalah tidak berasas.

"Ini kerana warganegara yang berusia 18 tahun masih belum dibenarkan mendaftar sebagai pengundi.

"Buat masa ini, SPR sedang dalam persiapan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.