TEMPOH PENGECUALIAN YURAN BULANAN DILANJUTKAN

Rabu, 12 Ogos 2020

Oleh: Urwatif Mohamad

Foto: Ihsan Kementerian Perpaduan Negara

1/1

PUTRAJAYA: Tempoh pengecualian yuran bulanan bagi Tadika Perpaduan (TP) dan Tadika Genius Perpaduan (TGP) seluruh negara dilanjutkan sehingga Disember 2020.

Pengecualian tempoh bayaran berkenaan melibatkan 38,749 murid, masing-masing 1,781 murid di TP dan 947 murid di TGP.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, YB Dato' Halimah Mohamad Sadique, keputusan itu diambil bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang masih terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Untuk rekod, pada 19 Mac lalu, Dato' Halimah telah mengumumkan pengecualian yuran bulanan bagi tempoh Mac hingga Jun 2020.