KPM BENAR KASUT HITAM ATAU PUTIH

Selasa, 08 Disember 2020

Oleh: Urwatif Mohamad
Foto: Ihsan ohsempoi

1/1

"Kasut warna hitam hendaklah dipakai bersama stoking warna hitam, manakala kasut warna putih hendaklah dipakai bersama stoking warna putih," katanya melalui satu surat pekeliling dikeluarkan oleh kementerian.

Selain itu menurut Dr Habibah, jenis kasut yang dibenarkan dipakai ke sekolah adalah diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik lain seperti nilon dan poliester.

"Hal ini kerana jenis bahan tersebut mempunyai daya serap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor keselesaan; keselamatan dan kesihatan (3s)," katanya, di sini.

 

 

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam atau putih bagi semua murid sekolah bermula tahun 2021.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Dr Habibah Abdul Rahim berkata, KPM sentiasa prihatin keperluan ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.

"Sehubungan itu, Mesyuarat Profesional KPM Bil 39/2020 pada 17 November lalu telah memutuskan bahawa mulai tahun depan, semua murid dibenarkan memilih sama ada memakai kasut warna hitam atau putih serta stoking mengikut warna kasut yang dipakai.