MAT DON SAH SARUNG JERSI HARIMAU MALAYA

Rabu, 6 Mei 2020
Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib
Kredit foto: Facebook Liridon Krasniqi

1/2

KUALA LUMPUR: Liridon Krasniqi atau lebih mesra disapa sebagai Mat Don, kini sah bergelar pemain naturalisasi Harimau Malaya.

Berita yang cukup dinanti peminat bola sepak tanah air itu, dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam.

Menurut beliau, pihaknya sudah pun mendapat surat kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membabitkan perkara berkenaan.

"Memang kalau diikutkan (pada) perlawanan dengan UAE (Emiriah Arab Bersatu), dia (Mat Don) dah boleh bermain.
 

"Tapi FIFA tak boleh keluarkan surat (pengesahan), selagi dia tak memenuhi syarat lima tahun (beraksi di Malaysia)," katanya.

Bagaimanapun katanya, Mat Don telah memenuhi syarat ditetapkan pada 25 Mac lalu, iaitu sehari sebelum pertemuan dengan UAE di tempat lawan.

"Selepas penangguhan aksi kelayakan Piala Dunia, (barulah) mereka (FIFA) keluarkan surat," katanya.

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berusia 28 tahun dan berasal dari Kosovo itu mendapat taraf warganegara Malaysia pada 3 Februari lalu.

Mat Don yang juga pernah beraksi bersama Fethiyespor; Kedah dan Melaka United sebelum ini, merupakan pemain naturalisasi kedua negara selepas Mohamadou Sumareh.

Sumber olahan: BH Sukan