Kompleks Muzium Negeri Seremban





Kompleks Muzium ini memiliki reka bentuk tradisional Minangkabau yang pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini.
Kompleks ini terdiri daripada 3 bahagian berbeza dan salah satunya adalah bahagian Istana Ampang Tinggi yang telah berusia lebih daripada sedekad.
Bahagian lain yang terletak di Kompleks Muzium Negeri ini adalah Teratak Perpatih yang mempamerkan banyak artifak dan info sejarah.
Bahagian yang terakhir adalah Rumah Negeri Sembilan yang memiliki informasi berkaitan senibina bangunan serta budaya masyarakat Negeri Sembilan pada masa silam.
Satu lawatan yang sangat informatif untuk anda sekeluarga.
Waktu Operasi:
Selasa, Rabu, Sabtu & Ahad (10.00am – 6.00pm)
Khamis (8.15am – 1.00pm)
Jumaat (10.00am – 12.15pm & 2.45pm – 6.00pm)
Bayaran Masuk:
Percuma
Alamat:
Muzium Negeri, Jln Sungai Ujong, Seremban