SIDANG MEDIA KEPUTUSAN BEDAH SIASAT DITANGGUH

Rabu, 14 Ogos 2019

Oleh: Nurul Haryani Hasrol

Jurufoto: Muhammad Faiz Limat

1/3

SEREMBAN: Sidang media melibatkan hasil bedah siasat terhadap mayat Nora Anne Quoirin, 15, yang dijadualkan berlangsung petang tadi, telah ditangguh kepada jam 8 malam ini. 

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, penangguhan itu berikutan proses bedah siasat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, masih belum selesai. 

"Bedah siasat masih berjalan. Anggaran masa lagi dua (hingga) ke tiga jam.

"Sidang akhbar akan dibuat pada pukul 8 malam (ini)," katanya. 

Terdahulu, pihak polis memberitahu akan mengadakan sidang media berhubung hasil bedah siasat ke atas mayat Nora pada pukul 5 petang tadi.

Sementara itu, lebih 30 pengamal media tempatan dan antarabangsa masih setia menunggu di pekarangan Unit Forensik HTJS, sejak pagi tadi.