MISI, MATLAMAT MELANGKAUI KEUNTUNGAN WANG RINGGIT

Sabtu, 31 Oktober 2020

Oleh:

Muhammad Azli Shukri

Matlamat ahli politik adalah untuk membuat anda percaya, bahawa anda memerlukannya.

Matlamat ahli perniagaan adalah untuk membuat anda percaya, bahawa produk atau perkhidmatan mereka boleh menyelesaikan masalah anda.

Jadi, temui teras bisnes anda. Setiap jenama hebat dunia memiliki misi yang melangkaui 'keuntungan wang' semata-mata.  

Google = Mengurus informasi seluruh dunia. Walmart = Menjimatkan wang anda. Disney = Percaya terhadap dunia mistik dan kuasa sakti.

Cari jalan untuk menemui inspirasi teras bisnes anda, kemudian kembangkannya untuk membina jenama dan kepercayaan pelanggan anda.

Persaingan hari ini bukan lagi syarikat atau produk.

Persaingan hari ini adalah fikiran pelanggan yang terganggu kerana terlalu banyak pilihan jenama dan iklan.

Kekacauan pasaran yang menyebabkan pelanggan tidak mampu memberi perhatian atau fokus. Apakah jalan penyelesaiannya? 

Semua usahawan tahu, Amazon bermula dengan buku dan Tesla bermula dengan sports car.

Peringkat awal mereka fokus untuk menang. Mereka fokus dalam segmen bisnes yang mereka yakin boleh menang.

Selepas menang, barulah mereka ceburi segmen bisnes lain.

Jangan tergopoh-gapah buat pelbagai jenis bisnes. Fokus satu bisnes dan fokus untuk menang!
 

©Muhammad Azli Shukri, 2020

Join telegram saya di t.me/azlishukri

*Penulis merupakan Mantan Editor di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kini sebagai Editor Kanan Penerbit di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Kredit foto:
CBC; Supermarket News & Red Bull