ALKISAH RAHSIA SI RAJA RIMBA

Isnin, 05 Oktober 2020

Oleh:

Muhammad Azli Shukri

Bagaimanakah singa boleh menjadi raja rimba?

Singa bukan haiwan yang terbesar, terpantas atau paling pintar. Justeru, bagaimana mereka menjadi KING? 

Jawapannya kerana MENTALITI mereka.

Dalam media sosial dan bisnes, mentaliti anda harus kuat. Pasti akan ada manusia yang tidak puas hati dengan anda, walaupun anda tidak melakukan apa-apa masalah kepada orang lain. 

Kuatkan mentaliti anda dalam mengharungi situasi ini. Anda sebenarnya tidak mempunyai keperluan untuk memberi apa-apa penjelasan mengenai siapa anda atau apakah yang anda lakukan.

Elakkan perangkap manusia yang seringkali cuba mempertikaikan kewujudan, usaha dan kejayaan anda. 

Biarkan tindakan dan hasil usaha anda menjadi suara serta bukti pencapaian dan kejayaan anda. Tidak perlu memberi apa-apa penjelasan atau justifikasi. Manusia sememangnya bersikap tidak pernah puas hati dengan apa-apa juga penjelasan.

Ingat! Jangan terperangkap dengan alasan tunggu "masa yang sesuai" baru mahu bertindak.

"Masa yang sesuai" tidak pernah wujud. Ia hanyalah alasan untuk melengah-lengahkan tindakan dan menangguh usaha anda untuk berjaya. Dalam bisnes dan ibadah, sikap seperti ini hanya merugikan.

Kuatkan mentaliti anda. Jangan mudah ditewaskan oleh golongan yang tidak mahu melihat anda berjaya.

©Muhammad Azli Shukri, 2020

Join telegram saya di t.me/azlishukri

*Penulis merupakan Mantan Editor di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kini sebagai Editor Kanan Penerbit di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Kredit foto:
Disney; WWF & National Geographic