AS TINGKAT SEKATAN TERHADAP IRAN

Jumaat, 24 Januari 2020

Oleh: Nurul Haryani Hasrol

1/2

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap syarikat petrokimia yang disyaki mempunyai kaitan dengan Iran.

Setiausaha Negara, Michael Pompeo berkata, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap syarikat dari China dan Hong Kong yang terlibat dalam aktiviti penjualan; pembelian dan membekal produk petrokimia kepada Iran.

Antara syarikat tersebut adalah Shandong Qiwangda Petrochemical Co Ltd; Triliance Petrochemical dan Jiaxiang Industry Hong Kong Limited.

Selain itu, AS turut melakukan sekatan terhadap Pengarah Triliance Petrochemic, Ali Bayandarian serta pengerusi dan wakil guaman Shandong Qiwangda Petrochemical Co Ltd iaitu Zhiqing Wang.

Pada masa sama, beberapa syarikat yang berpangkalan di China, Hong Kong dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikenal pasti oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat, terlibat dalam pemindahan wang kepada syarikat minyak Iran yang dikenakan sekatan iaitu National Iranian Oil Company (NIOC).

Syarikat tersebut adalah Triliance Petrochemical; Sage Energy HK Limited; Peakview Industry Co dan Beneathco DMCC.

“Kesemua entiti yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti industri petroleum serta petrokimia dengan Iran, disekat oleh Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.