MB SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN

Rabu        31 Oktober 2018          

12 sep 3-2.jpg

SEREMBAN: Menteri Besar, Tuan Haji Aminuddin Harun telah selamat menjalani pembedahan pada Jumaat lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dr Razali Ab Malik.

Menurut beliau, Aminuddin kini sedang berehat di Hospital Serdang, Selangor.

"Beliau dijangka akan kembali bertugas dalam tempoh dua minggu.

"Beliau turut ucap terima kasih pada semua, terutama warga Negeri Sembilan yang telah mendoakan kesihatannya," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.