ISTIADAT PEMAKAIAN PANGKAT KOLONEL KEPADA TUNKU ALI

Jumaat, 30 Ogos 2019

Oleh: Nurul Haryani Hasrol

Jurufoto: Nabilsyafiq MH

1/6

KUALA PILAH: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat ke Istiadat Pemakaian Pangkat Kolonel kepada Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin. 

Turut berkenan berangkat adalah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Tengku Besar Mahmud serta anakanda baginda, Tunku Zain Al-'Abidin. 

Terdahulu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan syor Majlis Angkatan Tentera ke-575.

Majlis yang bersidang pada 24 Mei lalu diadakan bagi menganugerahkan pangkat Kolonel dalam Rejimen Askar Wataniah kepada Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin dan menjawat jawatan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah. 

Pengisytiharaan tersebut dibacakan oleh Leftenan Kolonel Mohd Safi Yaacob. 

Seterusnya, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkenan memulakan majlis pemakaian pangkat Kolonel kepada Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti. 

Sebaik sahaja istiadat selesai, KOR Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Mohd Othman Ghazali memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis itu. 

Turut hadir adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Harun. 

Istiadat tersebut berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, di sini, hari ini.