MPKK DUN SIKAMAT TAWAR GUNTING RAMBUT PERCUMA

Oleh: Mohd Amin Jalil         Ahad, 30 Disember 2018 

SEREMBAN: Seramai 170 pelajar antara mereka yang memperoleh manfaat dalam program Kembali Ke Sekolah anjuran MPKK DUN Sikamat.

Pelajar terbabit mendapat perkhidmatan gunting rambut percuma bagi persiapan menjelang sesi persekolahan 2019, Rabu ini.

Program yang mendapat kerjasama Ranting Desa Rhu, Taman Pelangi dan Wanita Keadilan serta AMK Seremban bertujuan membantu meringankan beban keluarga pelajar.

Selain itu, matlamatnya sebagai suatu tanggungjawab bersama untuk membantu keluarga kurang berkemampuan.

Turut diadakan jualan pelbagai barangan keperluan

termasuk bahan makanan dan pakaian dalam free market.

Pihak MPKK komited memberikan perkhidmatan terbaik sebagai penggerak kesejahteraan masyarakat dan bercadang menjadikan program berkenaan sebagai acara tahunan.

1/5