SKM NEGERI SEMBILAN CIPTA KELAINAN TERSENDIRI

Jumaat, 26 Jun 2020

Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib @ Kero
Jurufoto: Mohd Zamzuri Daud @ Papazam

1/5

SEREMBAN: Sepanjang tempoh PKP ni, mesti korang selalu dengar pasal penyampaian sumbangan kepada petugas frontliners.

Lazimnya sumbangan dibuat dalam bentuk PPE atau peralatan penjagaan diri seperti face mask dan hand sanitizer, bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Ada juga yang menyumbang dalam bentuk makanan atau kelengkapan lain misalnya kanopi; pendingin hawa mudah alih dan pelbagai lagi.

Tapi pernah tak korang dengar pasal sumbangan berkaitan penjagaan diri yang dikhususkan untuk petugas di koperasi sekolah?

Belum pernah, kan? Itulah kelainan yang ditampilkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan diterajui oleh pengarahnya, Abd Latib Talib.

Digelar sebagai Kit Staysafe, sumbangan tersebut telah disempurnakan penyerahannya di SMK Pendeta Za'ba, Taman Paroi Jaya, di sini, semalam.

Menurut Abd Latib, penyampaian kepada 126 koperasi sekolah di Negeri Sembilan itu merupakan salah satu tanggungjawab CSR pihaknya.

"Kita nak menyuntik semangat dan nak menggalakkan balik perniagaan koperasi sekolah.

"Kita nak kongsi kepada 126 sekolah ni tentang SOP MKN, (mengenai) bagaimana nak mulakan operasi dalam keadaan selamat," katanya.

Pada masa sama katanya, usaha itu dapat mendidik pelajar berkaitan kepentingan mematuhi peraturan apabila menjalankan sesuatu perniagaan.

"Kit Staysafe ni terdiri daripada face mask; hand sanitizer dan tisu basah," katanya kepada NS Daily dalam satu sidang media ringkas, semalam.

Turut hadir adalah Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Abd Razak Idris dan Pengetua SMK Pendeta Za'ba, Awalludin Abu Hassan.