LEBIH 65,000 TONTON IKLAN RAYA USIM

Ahad, 24 Mei 2020
Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib @ Kero
Kredit foto: Universiti Sains Islam Malaysia

1/3

Belum sampai 10 hari ditayangkan, dah cecah lebih 65,000 tontonan! Biar betul?!

Ya, betul! Lebih 41,000 tontonan di saluran Youtube USIMTV dan lebih 25,000 tontonan di Facebook USIM.

Percaya atau tak, itulah penangan video iklan raya terbitan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun ni.

Walaupun dah jadi tradisi USIM untuk hasilkan iklan raya sejak 2013, tapi video kali ni lain macam sikit dia punya 'pukul'.

Barangkali berkat perubahan pada saat akhir kot, jadi punca karya 'Raya Online' dapat sentuhan ajaib.
 

Perubahan saat akhir? Sungguh! Bukan Kero yang cakap, tapi pengarahnya sendiri yang mengaku.

Menurut Farhan Halim, keseluruhan konsep jalan cerita dan skrip asal terpaksa diubah apabila PKP dikuatkuasakan mulai 18 Mac lalu.

"Kru produksi iklan raya ni terdiri daripada sembilan pelajar dari pelbagai fakulti.

"Masa tu, sebahagian besar terkandas di kampung. Impaknya, kerja penggambaran tak dapat diteruskan.

"Daripada situ, kami dapat ilham untuk hasilkan jalan cerita yang baru berdasarkan situasi semasa," katanya yang merupakan penuntut Sarjana Muda Komunikasi.

Untuk makluman korang, penghasilan karya ni ambil masa lebih kurang dua bulan untuk disiapkan.

Tapi yang menariknya, hanya 24 jam diperlukan untuk mereka menyudahkan sesi penggambaran.

Itu yang dimaklumkan oleh si penulis skrip merangkap pelakon utama, Syauqi Mardia Baharudin.

Menurutnya, penggambaran dibuat dalam sebuah rumah sewa dan selebihnya di studio latar hijau STRACOMM.

"Pelbagai elemen yang dekat di hati rakyat, kami masukkan secara tak langsung dalam iklan raya ni.

"Antaranya macam Makcik Kiah, pembelian online, TikTok, abang delivery service, kelebihan memanfaatkan platform e-Dagang dan gajet terkini.

"Tengok pada sambutan diterima termasuk komen positif di media sosial, rasa berbaloi dan bangga dengan hasil kerja kami," ujar pelajar Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah berkenaan.

Okeylah, cukup setakat ni je Kero bercerita pasal karya 'Raya Online' terbitan USIM.

Kalau korang nak puas hati, pergi tonton sendiri iklan raya ni di Youtube atau Facebook.

Adiosss! Zasss!