MB MENANG DI TAMPIN

Sabtu         20 Oktober 2018          

20 oct 1-1.jpg

TAMPIN: Menteri Besar, Tuan Haji Aminuddin Harun yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, mengungguli Pemilihan Keadilan 2018 bagi Cabang Tampin.

Beliau menewaskan pencabarnya iaitu Zolkapli Kassim bagi merebut jawatan Ketua Cabang Tampin dengan memperoleh 561 undi, manakala lawannya pula meraih 333 undi.

Proses pengundian yang berlangsung di Dewan Besar Gemas, di sini, pada hari ini dijalankan mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.