NAIB PENGERUSI DAP NS DILANTIK SENATOR

Oleh: Mohd Amin Jalil         Rabu, 19 Disember 2018 

SEREMBAN: Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Datuk A Kesavadas Nair, 59, dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator), hari ini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Tuan Haji Zulkefly Mohamad Omar mengumumkan pelantikan itu selepas mendapat sokongan majoriti daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari terakhir persidangan.

Nama Kesavadas yang juga seorang peguam dicadangkan oleh Menteri Besar, Tuan Haji Aminuddin Harun manakala disokong Adun Bahau, Tuan Teo Kok Seong.

Beliau dilantik untuk tempoh tiga tahun, di mana tarikh angkat sumpah pelantikan akan ditentukan kemudian.

Kesavadas mengucapkan terima kasih kepada pemimpin

DAP Negeri Sembilan yang mencalonkan namanya untuk jawatan itu.

1/1