D’TEMPAT TAJA HADIAH KUIZ CELIK WAGHIH KITO

Selasa, 17 November 2020

Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib @ Kero

Foto: Mohd Zamzuri Daud @ Papazam

1/5

SEREMBAN: d’Tempat Country Club melakar sejarah tersendiri apabila menjadi penaja sulung untuk ‘Kuiz Celik Waghih Kito’ yang julung kali dianjurkan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

 

Pihak d’Tempat Country Club telah berbesar hati menaja sebuah oven elektrik jenama Khind berkapasiti 52L untuk dijadikan hadiah bagi pemenang kuiz berkenaan.

 

Ketua Pemasaran dan Jualan d’Tempat Country Club, Puan Fifi Fiona Hamzah berkata, penajaan itu bertujuan menarik minat orang ramai terutama generasi muda untuk memahami Adat Perpatih.


“Kita nak beri balik (sumbangan) kepada komuniti. Ini salah satu kita punya CSR (tanggungjawab sosial korporat) kepada masyarakat yang selama ini menyokong Matrix Concepts dan d’Tempat Country Club,” katanya.

 

Tambahnya lagi, kredibiliti dimiliki oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan selaku penganjur turut menjadi faktor untuk pihaknya membuat penajaan.     

 

“Sebab kita ada kerjasama dengan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Siapa yang tak kenal (dengan) mereka. Seluruh Negeri Sembilan tahu (organisasi tersebut).

“Lagi satu (sebab), kita juga ada platform media (atas talian) NS Daily yang akan menguar-uarkan kuiz ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi penyampaian ringkas penajaan di ruang legar d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, di sini, semalam.

 

Penajaan berkenaan telah disampaikan kepada Kurator, Puan Noorul Farahashikin Sakim selaku wakil Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

 

Turut hadir adalah Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Encik Mohamad Firdaus Nosri; Pembantu Muzium, Puan Siti Azmiza Omar dan Pembantu Tadbir, Siti Zulaikha Rosman Zahri.

‘Kuiz Celik Waghih’ Kito yang akan dianjurkan dalam masa terdekat, bakal menawarkan pelbagai hadiah menarik.

 

Sesiapa yang berminat untuk menyertai kuiz ini, hanya perlu menjawab 25 soalan yang diterbitkan secara berperingkat selama lima hari berturut-turut berserta slogan paling kreatif.

 

Kesemua jawapan boleh didapati dalam artikel-artikel yang telah diterbitkan oleh Page Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

 

Bagaimanapun, peserta diwajibkan LIKE dan FOLLOW Page Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Page NS Daily sebagai salah satu syarat penyertaan.