RTM UNGGULI ANUGERAH SASTERA DAN MEDIA NEGERI SEMBILAN 2019

Khamis, 14 November 2019

Oleh: Nurul Haryani hasrol
Jurufoto: Mohamad Syawal Saleh

1/1

SEREMBAN: Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Sembilan mengungguli tiga daripada tujuh anugerah yang dipertandingkan pada Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019, di sini.

Wartawan RTM, Hanna Adlint Nasatiun Ahmad memenangi Anugerah Kewartawanan Sri Sembilan yang dinilai terbaik oleh panel hakim, sekali gus membawa pulang wang tunai RM6,000 berserta sijil dan plak.

Beliau turut mengungguli Anugerah Kewartawanan Televisyen Cemerlang dengan karyanya bertajuk ''Salai Identiti Negeri Sembilan' dan membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta sijil dan plak.



 

Sementara itu, seorang lagi wartawan RTM iaitu Farhana Nabillah Zakaria merangkul Anugerah Kewartawanan Radio Cemerlang menerusi karya berjudul 'Rumah Khas Anak OKU'.

Wartawan The Star, Chitra Santhi Nathan memenangi Anugerah Kewartawanan Media Cetak Cemerlang dengan karya bertajuk 'Ruler With A Heart of Gold Examplary And Sterling Leadership'.

Wartawan Berita Harian, Mohammad Ifwan Tun Tuah merangkul Anugerah Kewartawanan Rencana Pembangunan Negeri Sembilan menerusi karya bertajuk 'Tetas Telur Penyu Dalam Pasir Sungai'.

Wartawan Nanyang Siang Pau, Teh Derwoei pula memenangi Anugerah Kewartawanan Rencana Cemerlang menerusi karya bertajuk 'Food Truck Jadi Kilang Mimpian Pemuda'.

Dalam pada itu, Jurufoto NSTP, Iqmal Haqim Rosman meraih Anugerah Kewartawanan Jurufoto Cemerlang.

Farhana; Chitra; Ifwan; Teh dan Iqmal, masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta sijil dan plak.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Harun di Klana Resort, di sini, petang tadi.