MARI MERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2019

Selasa, 13 Ogos 2019

Oleh: Nurul Haryani Hasrol

Jurufoto: Nabilsyafiq MH

1/2

PORT DICKSON: "Ayuh ramai-ramai ke Sambutan Hari Kemerdekaan di Padang MPS pada 31 Ogos ini. Banyak pembaharuan kita tampilkan kali ini.

"Nak tahu apa dia? Datang dan lihat sendiri," ujar Menteri Besar, Dato' Seri Haji Aminuddin Harun kepada orang ramai.

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik menanti warga Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-62.

Sama seperti tahun lepas juga, kata beliau, pihak pembangkang turut dijemput untuk sama-sama memeriahkan sambutan berkenaan.

"KIta akan sentiasa mengubah (melakukan perubahan) dari setahun ke setahun.

"Kita akan ubah cara sambutan dia (Hari Kebangsaan tahun ini), insya-Allah" katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan 2019 di PD Waterfront, di sini, tempoh hari.

Bertemakan 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih', Kerajaan Negeri berharap tema itu dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri dalam kalangan rakyat Negeri Sembilan.