KANAK-KANAK PATAH TULANG BELAKANG, PINGGANG SELEPAS TERJATUH

Isnin, 12 Oktober 2020

Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib @ Kero
Foto: Ihsan JBPM Negeri Sembilan

1/2

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan serius selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 200 meter, sekitar jam 6.08 petang semalam.

Kejadian menimpa kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu mengakibatkan bahagian tulang belakang dan pinggangnya patah.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) Mohd Syazwan Saidy, mangsa tergelincir dari puncak Bukit Bal, S2 Heights yang terletak berhampiran tangki air SAINS, Taman Rimbun Harmoni, Seremban 2.

"Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi jam 6.17 petang.
 

"Kita ambil masa 45 minit untuk menaikkan mangsa ke atas guna peralatan khas, serta membuat prarawatan awal di tempat kejadian.

"Mangsa kemudian diusung sejauh 2.5 kilometer, untuk diserahkan kepada pihak ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut di hospital," katanya.