MB: SANTUNI UMAT, ELAKKAN PERMUSUHAN

Isnin         10 September 2018       

10 sep 3-1
10 sep 3-2
10 sep 3-3
10 sep 3-4
10 sep 3-5

SEREMBAN: Menteri Besar, Tuan Haji Aminuddin Harun menyeru umat Islam di negeri ini supaya menjauhi segala tindakan yang boleh mencemarkan agama Islam dan menimbulkan permusuhan dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan Beliau berkata, budaya fitnah, taksub yang melulu dan berpuak-puak bukan sahaja boleh memecahbelahkan masyarakat malah boleh memberikan imej buruk kepada Islam.

 

"Kita mungkin berbeza dari pelbagai sudut tapi tidak seharusnya ia mencetuskan perbalahan. Kepelbagaian dan perbezaan merupakan suatu keindahan dan kekuatan yang Allah sediakan untuk kita," katanya.

 

"Dengan tema Maal Hijrah 'Menyantuni Umat Membawa Rahmat' bermakna kita memanifestasikan rahmat Allah menerusi gerak kerja menyantuni umat," katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri, di sini.


Turut hadir Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Tunku Besar Tampin, Tunku Besar Seri Menanti, Datuk Shahbandar Sungei Ujong dan Datuk Undang Yang Empat.

 

Aminuddin menambah, kepimpinan kerajaan negeri hari ini yang meliputi semua peringkat perlulah berilmu, tegas dan prihatin dalam menyantuni keperluan orang ramai dengan ikhlas.

 

"Menyantuni umat bermakna mengambil berat, memberi perhatian, berkhidmat, membantu, menyokong dan memenuhi keperluan rakyat.

 

"Antara tugas yang perlu dilakukan adalah dengan merancang dan melaksanakan program pembangunan untuk memenuhi keperluan asas masyarakat, tidak mengira bangsa dan agama, lebih-lebih lagi mereka yang hidup dalam kesusahan.

 

"Selain itu, kita perlu menyediakan keperluan rasa selamat, aman, kasih sayang dan jati diri, selain keperluan iman dan ilmu di kalangan masyarakat, yang juga hak kemanusiaan. Kita perlu memastikan semua orang, tidak kira kaya atau miskin mendapat pendidikan yang selayaknya," katanya.

 

Pada majlis itu, Tuanku Mukhriz turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Ulama Silam 1440H/2018M kepada Allahyarham Datuk Mustafa Ahmad, ulama kelahiran Padang Lalang Jempol, Negeri Sembilan yang diterima oleh anak kedua Mustafa, Mohd Hilal.