BANK RAKYAT SERAH BAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN

Oleh: Mohd Amin Jalil          Sabtu, 08 Disember 2018 

1/13

KUALA PILAH: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menerima persembahan zakat perniagaan Bank Rakyat bagi tahun perniagaan 2017 berjumlah RM1,119,844.


Majlis persembahan itu berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, di sini.


Ketua Pegawai Operasi Cawangan dan Susulan Bank Rakyat, Mohd Shahril Isa menghadap sembah kepada baginda bagi menyempurnakan lafaz zakat perniagaan berkenaan, sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Tuan Haji Aminuddin Harun.

Replika cek pembayaran itu kemudian diserahkan kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS).

Turut berangkat ke majlis itu adalah Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malik; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Haji Mohd Yusof Ahmad; Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Haji Mohamed Haji Hussein dan Pengurus Besar PZNS, Nor Azmi Musa.