PIALA MENTERI BESAR LANDASAN MAJUKAN SUKAN HOKI NS

Khamis          06 September 2018         

06 sep 2-1
06 sep 2-2
06 sep 2-3
06 sep 2-4
06 sep 2-5

SEREMBAN: Kelab Hoki Gemencheh berjaya membuktikan kehebatannya apabila menewaskan Tampin Elit 5-4 menerusi penalti untuk muncul juara Kejohanan Liga Hoki Negeri Sembilan Piala Menteri Besar 2018, yang berlangsung di Stadium Hoki Seremban 2, baru-baru ini.

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 dalam tempoh permainan.

 

Kemenangan itu sekali gus menafikan rekod cemerlang Tampin Elit pada edisi kali ini selaku juara bertahan.

 

Tempat ketiga menjadi milik pasukan Kelab Hoki Gemencheh9 yang mengenepikan Tampin Seniors, 2-1.

 

Juara dan najib juara masing-masing membawa pulang hadiah trofi dan medal serta wang tunai RM10,000 dan RM7,500 manakala tempat ketiga dan keempat RM5,000 dan RM2,500.


Sementara itu, Sekolah Sukan Negeri Sembilan, SMK

Za`ba mendominasi kategori wanita selepas mengenepikan Kelab Hoki KLIA manakala pasukan N9 United meraih tempat ketiga.

Juara dan naib juara kategori ini membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM3,000 dan RM2,000 manakala RM1,000 bagi tempat ketiga.

 

Menteri Besar Tuan Haji Aminuddin Harun hadir menyaksikan perlawanan akhir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

 

Kehadiran beliau ternyata menjadi pembakar semangat kepada pemain Kelab Hoki Gemencheh dan Tampin Elit apabila mereka memperagakan aksi mantap sepanjang tempoh permainan.