151 KAKITANGAN HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN DIRAI

Oleh: Mohd Amin Jalil       Ahad, 06 Januari 2019 

SEREMBAN: Perkhidmatan terbaik yang diberikan 151 kakitangan Klana Resort Seremban mendapat penghargaan daripada pihak pengurusan hotel itu.

Mereka diraikan dalam satu majlis Makan Malam Tahunan bertemakan Rock & Roll, di hotel berkenaan, malam tadi.

Selain menerima hadiah khas atas perkhidmatan diberikan, sebahagian mereka juga turut menerima hadiah cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai barangan elektrik.

Chef Abdul Razak menjadi individu bertuah apabila menerima hadiah tempat pertama berupa sebuah motosikal berharga sekitar RM7,000.


Hadiah kepada penerima disampaikan Menteri Besar, Tuan Haji Aminuddin Harun; Setiausaha Kerajaan Negeri,

Dr Razali Ab Malek dan Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Khidir Majid.

Turut hadir menyerikan majlis adalah isteri Menteri Besar, Puan Hajah Wan Hasni Wan Yusof.

Dalam ucapan, Dr Razali menggesa kakitangan hotel itu agar sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan selain memperbaharui produk yang ditawarkan kepada orang ramai.

Beliau berkata, industri perhotelan sentiasa berkembang dan kakitangan pengurusan hotel perlu bekerja keras meningkatkan mutu perkhidmatan untuk membolehkan terus bersaing.

"Jika hotel terus maju dan berjaya serta meraih keuntungan atas perniagaan dijalankan, insya-Allah ianya akan dapat dikongsi bersama," katanya.

1/5